Visitors

Counters
Counters
Blog ini telah dilawati seramai ini.
Terima kasih kerana melawat blog K-Media UMP!

Tuesday, November 18, 2008

UMP rangkul 4 pingat emas di Jerman


UMP telah merangkul 4 pingat emas di iENA Nuremberg “Ideas-Inventions-Products” 2008.

Ini membuktikan kita UMP juga tidak kurang hebatnya dari segi kreativiti, idea dan inovasi.

Sekalung tahniah buat pensyarah-pensyarah yang berjaya mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.

Berikut petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 18 November 2008:

UMP rangkul 4 pingat emas di Jerman

KUANTAN 17 Nov. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya meraih empat pingat emas dan tiga perak pada pameran antarabangsa Idea Penemuan Produk Baru (IENA) 2008 di Nuremberg, Jerman pada 30 Oktober hingga 2 November lalu.

Kesemua pingat emas itu diraih menerusi pensyarahnya, Dr. Mimi Sakinah Abd. Munaim yang merupakan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) UMP melalui hasil ciptaannya, Reaktor Membran Enzim Daripada Kelapa Asli.

Dua lagi pensyarah UMP dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam iaitu Dr. Zularisam Ab. Wahid dan Abdul Syukor Abd. Razak meraih tiga pingat perak menerusi ciptaan masing-masing.

Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, penyertaan kali ini merupakan yang kedua oleh universiti itu dalam IENA.

''Hasil ciptaan yang terpilih untuk menyertai pertandingan itu adalah berdasarkan kejayaan beberapa pertandingan di peringkat nasional dan telah diproses untuk mendapat paten di samping mempunyai potensi untuk dikomersialkan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Beliau berharap kejayaan yang diraih para pensyarah terbabit dapat dijadikan pemangkin kepada penyelidik lain di UMP untuk mencipta produk yang berdaya saing dan boleh dikomersialkan.

Menurutnya, IENA adalah satu pertandingan inovasi produk baru bertaraf antarabangsa yang diadakan setiap tahun dan ia berjaya menarik 800 penyertaan daripada 39 negara pada tahun ini.