Visitors

Counters
Counters
Blog ini telah dilawati seramai ini.
Terima kasih kerana melawat blog K-Media UMP!

Saturday, October 25, 2008

Logo baru sudah di-design! Tengok tengok! Mite Mite..

Trivia Logo Kmedia Baru:
  • Idea asal: Nadia California
  • Ada 4 kotak bermaksud ada 4 kotak la
  • kotak kanan atas: nama kelab
  • kotak kiri atas: kamera yg panjang shutternya
  • kotak kanan bawah: kamera yang pendek shutternya
  • kotak kiri bawah: Mic-untuk nyanyi, interview atau hiasan saja jika tidak diguna pakai.
Arigatoooo..Nadia, aku masih belum mampu produce baju guna design awak...sori ek

Berakhirnya....

Sebahagian ahli band terikut dengan DMC, best ni tengok aaa..."diatas ni adalah jep-( Krauser samaaa!!!)"

Akhirnya semester ini akan melabuhkan tirainya tak lama lagi, oleh itu, band K-Media pun akan "mengangkat" alat2 muzik mereka dan "menyerahkan diri" kepada meja2 di rumah mereka untuk study. Tetapi mereka akan kembali pada semester depan dan beberapa perubahan mungkin dilakukan (berdasarkan komplen2 yang diterima) dan mungkin akan merekrut beberapa ahli untuk menjadi sebahagian daripada ahli band ini (kalau minat laaa). Pengambilan ahli baru ini adalah disebabkan beberapa masalah yang dihadapi seperti ketiadaan pemain gitar lead dan keyboard, manager (Yamin) mengidam penyanyi perempuan dan tiada kru pembantu setiap kali persembahan (tukang setting sound, tukang angkat barang (slave)). Apa-apa pun, terima kasih diucapkan kepada ahli2 band K-Media (Jep, Zery, Abu, Aku) kerana usaha yang dikerah untuk menghasilkan persembahan yang terbaik walaupun banyak masalah yang menimpa terutamanya pada persembahan terakhir di Hotel Vistana (ahli band ada test, training x cukup, ketiadaan gitar dan amp).

Bagi kelab K-Media pula, diharap akan menjadi antara kelab yang menonjol di UMP dan sebagai Bendahari bagi kelab ini (cheewahh), saya menyeru agar jentera2 bahagian kewartawanan dan jurnalisme agar bergerak bersama2 dan memberi idea2 baru agar nama "Kelab Media dan Kewartawanan" nanti tidak menjadi "Kelab Media" sahaja. Dijangkakan pada semester depan jugak, kita akan melancarkan buletin K-Media yang sekarang ni dalam proses pembikinan dan kru2 akan direkrut untuk menjadi wartawan dan penulis buletin (aku dan Dayat mungkin akan direkrut). Dan terakhir sekali tentang pelantikan semula MT serta AJK yang akan dibuat pada mesyuarat agung nanti (?) tapi x tau bila.... Oi, bila mau mesyuarat oi!!


anonymous - "Kelab ni kelab multimedia ke, siap ada band lagi... 'Kelab Media dan Kewartawanan' hmmmm... x nampak pun korang buat bende2 psl kewartawanan...
Aku - "Ade la, yang Kembara fotografi tuuuuu..."
anonymous - "Itu je???!!!"
Aku - ".........."Yearrrghhh lagu terbaru band diilhamkan dari lagu Sally dari DMC. Tapi tak jadi ganasnya..

Tuesday, October 21, 2008

Masuk, masuk lagi!!

Bengkel Adobe Photoshop dan Blog


Aktiviti: KURSUS ADOBE PHOTOSHOP DAN MEMBINA BLOG
Tarikh: 25 & 26 October 2008
Tempat: KMC/UMP library

Yuran

Photoshop only: RM35 (Harga luar: RM250++)
Blog only: RM35 (Harga luar: RM150++)
Pakej Duo Kursus: RM65

tempat masih tinggal 12 org (adobe photoshop) 8 org (blog)

CD percuma dengan template, e-book, video tutorial bagi peserta. (Disahkan oleh Presiden K-Media, Yamin dan orang bawahannya, Zery)

Kenapa perlu ambil?
- tiada sepertinya di UMP
- kemungkinan besar kali pertama dan kali terakhir, presiden SIFE (mastermind utama) dah nak berambus dari UMP x lama lagi
- Staf2 UMP pun dah mendaftar utk masuk!
- Kesan positif jangka masa panjang. Ilmu yang boleh dipraktikkan setelah memahirkan diri!
- CD mengandungi video tutorial dalam bentuk wmv/avi format(beserta codec tambahan utk membolehkan peserta menonton video tersebut berulang2 kali). Boleh dibaca selagi ada komputer/laptop.

Pada pandangan mata saya(Zery), ini merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi kerana Skill photoshop juga antara skill bonus untuk memasuki mana2 syarikat industri setelah GRAD dari UMP. Dari kompeni upah orang luar buat, bagus dia amik org yg ada skill photoshop- dia dapat tenaga kerja, dia dapat jimat bbrp ratus hanya utk design blog/banner.

Pilihan masih lagi terpulang kepada anda untuk memasuki kursus ini atau tidak, hubungi insan2 di bawah jika berminat:

Fred [K-23]
014-8126021
Id Skype : fredmizta

Syikin [C6106]
017-2189464
Id Skype : syikin_chan

Safiah [C6106]
017-9508100
Id Skype : Princess17111

***Promosikan kepada kawan2 anda!***

***Diorang mungkin berminat!***

Sunday, October 19, 2008

Cursed Night ~Malam tersumpah~

Satu malam yg telah disumpah: malam DAF


Hujan lebat.

kehadiran projektor tidak disedari.

Alatan komputer tidak memadai.

Speaker expired.

mikrofon mengeluarkan bunyi kesyaitanan berfrekuensi tinggi dan boleh berteriak sendiri.

komputer Hang seketika.

Semangat pemain bass band k-media, Abu dibunuh berkali-kali dalam masa satu malam sahaja.

Band-band yang sepatutnya perform terkena "FEAR", sejenis epidemik disebabkan oleh skill priest.

====================

Penyelamat: Bud(Lilitan jemari autentik) dan Ipin(Teleportation), Khalis, serta band zairie. Gelombang aneh telah dikurangkan.

Khalis telah memenangi hamper.

====================

Bagi pihak K-Media, kami memohon maaf atas segala kesilapan dan kekurangan yang telah berlaku.

Diharap anda semua tidak patah hati mengikuti perkembangan dan aktiviti2 lain yang bakal dijalankan oleh kelab.

Sekali lagi, kami memohon maaf dan berterima kasih kepada anda semua.

Wednesday, October 15, 2008

Update Aktiviti, Setelah sekian lama tidak di update..

Aku tidak tahu nak letak gambar apa, nah ini gambar Konata makan rotinya.

Assalamualaikum! Salam Sihat Semua!!
Dah lama tak update blog ni, jadi ni sikit info tentang perkembangan Kmedia.

Ibdaa International Media Student Awards
========================================
Acara pertandingan media peringkat internasional yg dikelolakan oleh Dubai Media City telah disertai oleh seorang mahasiswa UMP sahaja. yang lain nak ikut serta tapi sibuk(Dota, PSM, kamera tiada, duit tiada, semangat yang hilang..). Kategori yang disertai adalah Video Dokumentari dan TV Advertisement, menelan belanja sebanyak RMxxxxx termasuk duit pos laju. Semoga Shahrel (yg menghantar karya) berjaya di persada pertandingan! Jika terpilih menjadi finalis, dia akan di hantar ke Dubai free of charge!

Kmedia Band
===========
Yeaaa..!! Band terus menerus mendapat undangan persembahan! Terima kasih kepada AJK2 Pesta Tanglung, dan Matress kerana menjemput kami yang amatur ini. Walaupun terdapat sikit sebanyak masalah semasa program berlangsung (seperti bass yg tiada bunyinya, guitar yg tidak mampu ditune oleh Jepp, Band BORNEO, lupa lead, lupa lirik, wayar bass terpijak lalu tercabut, drum bunyinya ganjil, drama stik drum terjatuh dsb..), kami bersyukur kerana diberi kesempatan utk menimba pengalaman! Dan minta maaf kepada jiran-jiran F17, jika bunyi studio jamming menjadi igauan. Gomenasai!

LIST SHoW
1. SYMBION
2. Matress
3. Pesta Tanglung
4. Digital Art Fair (18/10/2008)
5. Majlis Makan Malam pelajar tahun akhir Mechanical(22/10/2008)
6. dirumah F17, setiap hari, setiap malam.

Bengkel Adobe Photoshop dan Blog


Hasil daripada pertemuan Kmedia dan Fred, Fred membawa Kmedia menyertai program ini bersama SIFE UMP. Khusus kepada 30 mahasiswa yang mendaftar, peserta bakal memperoleh pelbagai ilmu baru dan teknik-teknik emas design dan blog. Kepada kaki-kaki design di UMP dan penulis blog tegar, disyorkan mengikuti bengkel ini! Jangan lepaskan peluang, janga terlepas peluang.Kmedia ada membuka booth, portfolio designer Kmedia akan di paparkan, nak tengok apa Kmedia boleh buat? Mari join.

=Maklumat lanjut mengenai Bengkel=
Tarikh: 25 & 26 Oktober
Masa: 8am - 5pm
Tempat: KMC


Digital Art Fair dan Pertandingan Senireka Grafik 2008
======================================================
Digital Art Fair akan diadakan pada Sabtu ini, acara eksposisi seni yang pertama di UMP!

Tarikh:18/10/2008
Masa 8pm - 11pm
Tempat: Didepan payung putih

Aktiviti sepanjang Digital Art Fair:

1. Showcase Kmedia Creative Crew
Saksikan bakat-bakat ahli Creative Crew! Lihat bagaimana mereka melukis, mewarna menggunakan peralatan digital!

2. Penyampaian hadiah pemenang2 Senireka Grafik
Pertandingan yang julung-julung kali diadakan di UMP, berjaya mengutip sebanyak 25 penyertaan dari 5 kategori. Termasuk dari MRSM. Pemenang akan diumumkan pada malam DAF.

3. Band Live Show!
Gig! Hype! Extra fun for all! Alami sendiri suasana muzik infiniti di UMP. Mengetengahkan band-band yang ada di UMP tapi tidak pernah di ketahui, inilah masanya kita lihat rakan-rakan kita beraksi! Ada 5 band bakal mempamer kebolehan, 4 dari UMP dan satu band eksklusif dari luar akan hadir.

4. Lite Games Competition
Pernah dengar game VOS dan Frets on Fire? Kalau tidak datanglah ke DAF, mari cuba main, dapatkan markah tertinggi dan menangi hadiah eksklusif dari Kmedia.

5. Showcase karya-karya peserta Senireka Grafik 2008
Kesemua penyertaan semasa Senireka Grafik akan dipamerkan di DAF! Lihat sendiri apa yang pelajar UMP(dan ada yg dari luar) mampu hasilkan!

Ooooya...DAF clash dengan Pesta Cahaya...jadi hadirlah kedua-dua program ya.

Band performance

Satu lagi perembahan band pada malam Matres 08 dan juga pesta Tanglung (malam yg sama).
Aku suda kasi encode, dari 2.09GB saiz kesemua video sebelum ini kepada sebesar 167MB sahaja:

    MATRES '08 (link telah diperbaharui)

  1. Lost Heaven+SRT sub

    sila donlod dan letakkan ke2-2 fail ini ke dalam folder yg sama.

    lagu asal dari band L'Arc~en~Ciel(sbg rujukan): sini

  2. Hariku

  3. Bulan Lapan (Extended)


  4. Pesta Tanglung (Silent Bassist event)

  5. Lost Heaven

  6. Janji Maju (Work In Progress)



Hasil usaha:
band k-media (Surya, Jep, Abu, Zery)
Camera-man (yamin/presiden)
Daniel (keretamu itu)
kamera Daniel (zoom akan hilang sound)


Setakat ni cuma available utk pelajar UMP sahaja (ftp/sharing)

Aku akan upload online dlm masa terdekat. kalau upload laju.

edit: Bukan aku tidak sedar beberapa gaya nyanyian aku agak/SANGAT menggelikan. Aku pun geli tengok. MALU JOE.

Sila komen, FLAME, @ beri nasihat macamana aku patut perform nanti. Aku mana selalu tengok TV rancangan nyanyi2. Aku main nyanyi dlm tandas jak. Bagi la idea, pasal aku memang tiada masa untuk fikir tentang apa aku gesture aku perlu buat ketika menyanyi(sibuk dengan presentation dlm 2 minggu ni).

By the way, Digital Art Fair semakin dekat. Band pun akan perform jugak pada malam itu. Tarikhnya: 18/10/2008 sabtu ini! Tempatnya? Depan Kafe Payung Putih.

AWASSS!!