Visitors

Counters
Counters
Blog ini telah dilawati seramai ini.
Terima kasih kerana melawat blog K-Media UMP!

Sunday, September 21, 2008

Jangan Tertipu

Kononnya nama company ini adalah QSTR Business Opportunity.




website: http://www.dream1688.com

Website2 tersebut adalah tipu (scam) semata-mata. Dan daripada blog Fong Yoong Kheong, adalah diketahui bahawa company ini juga mempunyai website2 lain:


www.systeway.com
www.syh75.com
www.rich1818.com
www.rich1818.uuu.to / rich1818@pacific.net.sg
www.ccy2u.com
www.systeway.com
www.jcm777.com/
www.dream1688.com/
www.wfh88.com/
www.enter-priser.com/
www.vios2628.com


Besar kemungkinan, tujuan website ini diadakan adalah untuk mendapatkan alamat emel dan password (boleh crack password anda dengan mengetahui biodata anda) anda.

Sila abaikan website tersebut sekiranya anda dipromosi oleh orang yang tidak dikenali.

Sekian.

*Post ini juga boleh didapati di weblog aku, buibui.

Saturday, September 20, 2008

Omedetto gozaimashita!!

This is me, toraMizu. Sorry cuz even its ordi too late, but i still want 2 post here. Well...there's many things happens lately...mentally..and physically... [mentally..mostly..XD], so there's tonnes of works 2 be delayed...huhu


Saa..harapan toraMizu utk kelab ni, moga terus maju & bertambah feymes sampai aku graduate..Nyahahaha~~~
Tahniah kepada senpai-tachi yg telah berusaha menubuhkan kelab ni!! (esp Presiden Kmedia)
Arigato gozaimashita...kpd pelawat sekalian..

Banner exchange program

Apa tu 'banner exchange' program?

Banner exchange adalah satu program saling mempromosikan website.
Caranya mudah sahaja, anda boleh copy code di bawah dan letakkan code tersebut dalam code html website anda.

Untuk Blogger.com, anda boleh pergi ke dashboard dan edit layout anda. Di halaman 'page element', klik 'add a gadget' dan pilih 'html/javascript'.

Paste code di bawah dlm gadget tersebut. Klik 'Save changes', dan Voila! Anda telah menpromosikan website ini di website anda melalui banner kecil seperti yang terdapat di bawah!

Terima kasih kepada Yamin atas usaha men'design' dan menyiapkan kedua-dua banner berikut:


Horizontal Banner






Vertical Banner







Cubalah! (Dan sambil-sambil tu, promote la blog kelab ni yaa....)

Special Thanks: Don Fred

Tuesday, September 16, 2008

Akan datang....

Idea datang tika kita berbaring sambil mengorek hidung.


  1. Fotolog panorama sinar ramadhan

  2. poskad

  3. re-design: logo, maskot(new), banner exchange(new), organisasi, blog template

  4. Creative Crew Artbook

  5. Online registration



...ketika ini Nelisa Cantabile tengah main DoTA.

Monday, September 15, 2008

Panorama Sinar Ramadhan

Salam.

Alhamdulilah Ekspedisi Fotografi: Panorama Sinar Ramadhan pada 13 September 2008 telah berjalan dengan lancar. Berikut adalah diari ekspedisi dan beberapa gambar para shooter sedang beraksi:

9.34pagi Dengan menaiki van Nissan 12 seaters rombongan para shooter bertolak ke destinasi pertama, Panching.

Tag program 'license to shoot' diberikan kepada para peserta.


9.5opagi Tiba di Panching- Air terjun Kg Pandan. Tips ringkas(ditulis Reddu), taklimat, task dan assignment dibahagikan kepada para shooter.

(Klik gambar untuk maximize imej)


Subjek assignment : Air

"Air, kerana boleh terdapat di mana-mana dengan mudah, senang, murah dan percuma, maka manusia kadang-kadang lupa betapa anugerah Allah itu
sangat berharga." (Azizi Hj Abdullah)

11.30pagi Bergerak ke Benteng, Kuantan.

12.00tengah hari Tiba di Benteng.

Subjek assignment: Manusia dan Kota

"Andai kota itu peradaban, rumah kami adalah budaya dan menurut ibu, tiang serinya adalah agama” (Faisal Tehrani)

1.10petang Solat Zuhur dan recharge tenaga/ rehat.

"Berpenat lelahlah kerana sesungguhnya kesenangan itu selepas kesusahan..jangan berdukacita kerana hidup ini meletihkan, sebab demikianlah hidup itu diciptakan" (Imam Asy-syafie)

2.30petang Bertolak ke perkampungan nelayan Tanjung Lumpur

Subjek assignment : Legasi Mentari

"Tengok awan usah terlupa pada bumi yang dipijak" (Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj)


5.00petang Solat Asar di Masjid Sultan Ahmad Shah

5.30petang Bergerak ke Bazaar ramadhan

Subjek assignment: Rezeki Ramadhan

6.30petang Pulang ke UMP

Proses pemilihan dan penyuntingan fotolog sedang di dalam proses.


Wednesday, September 10, 2008

Tumpang lalu...

toraMizu here, pertama kali posting kt sini.
Saya baru siap CG artwork(yg sketch dgn pensil @ pen) saya yang dulu-dulu. Jadi, saya harap korang semua bolehlah ke http://toramizuginta.blogspot.com utk komen artwork2 tu..

Sebarang komen amat saya hargai untuk memantapkan lagi skil saya untuk Kmedia.

Monday, September 8, 2008

Ibdaa Student Awards 2008

Assalamualaikum, salam Ramadhan, salam muhibah
Sila masuk pertandingan di bawah, ada peluang ke DUBAI FREE.

Kategori yang dipertandingkan>>

Journalism (Non-News)
Radio
Animation
Graphic Design
Analogue Photography
Digital Photography
Print Advertising
TV Advertising
TV Documentary
Film/TV Feature
Mobile Film



Sila hubungi saya ya, untuk planning,info dan borang. Kita nak menang ni...
Dubai! Kami datang oi!

Sunday, September 7, 2008

Ekspedisi Fotografi Ramadhan

Budaya di negara-negara Arab bila datang bulan Ramadhan mereka akan saling menyapa dengan ucapan:
Ramadhan Kareem!
Dan orang yang disapa akan menjawab:
Allahu akram!
Itu sekadar info selingan belajar dari kelas bahasa sem ini hehe..... Perkara pokok sebenar yang mahu saya bawa di sini adalah hebahan aktiviti terdekat K-Media yang baru mendapat kelulusan iaitu 'Panorama Sinar Ramadhan'. Tujuan utama program ini adalah untuk menghasilkan photolog (buku foto) yang mana hasil dari Ekspedisi Fotografi yang akan diadakan pada Sabtu ini.

Program ini diketuai dan diilhamkan oleh saudara Reddu dari sub-group K-Media JP Movement (Journalism & Photography) ini selari dengan gagasan yang baru diutarakan oleh saudara Zery untuk mengeluarkan produk dari K-Media. Pepatah Inggeris mengatakan, "Great minds think the same" =). Insyallah dengan kerjasama K-Media CC (Creative Crew) Fotolog: Panorama Sinar Ramadhan akan menjadi produk sulung dari K-Media.

Ahli-ahli K-Media dan sesiapa yang berminat untuk menyertai Ekspedisi Fotografi Ramadhan amatlah dialu-alukan, terutamanya kepada mereka yang mempunyai 'SLR', atau 'high-spec' digital kamera (yelah...mau publish hasil). Berikut adalah tentatif program:

EKSPEDISI FOTOGRAFI RAMADHAN - 13 September 2008

09.30pagi – 11.30pagi Taklimat
Bertolak ke Panching
-Sesi Fotografi di Panching
(Subjek Foto: Air)

11.30pagi – 1.00petang Sesi Fotografi di Benteng & Sekitar Kuantan
(Subjek Foto : Manusia & Kota)

1.10petang Solat Zuhur di Masjid Negeri

2.00petang-3.30petang
Diskusi Foto bersama Mentor (Jurukamera professional)

3.00petang-4.00petang
Sesi Fotografi Bazaar Ramadhan

4.21petang
Solat Asar di Masjid Negeri

5.15petang-6.00petang
Sesi Fotografi Bazaar Ramadhan
(Subjek Foto : Rezeki Ramadhan)

6.00petang-7.00malam
Sesi Penggambaran di Teluk Chempedak
(Subjek Foto : Legasi Mentari)

Jadi sesiapa yang ingin menyertai bolehlah reply memo yang akan dikeluarkan nanti dengan kadar segera.

Tempat adalah terhad untuk menyertai Ekspedisi yang akan diadakan Sabtu ini.

Namun jangan risau anda juga boleh menyumbang sama dalam penghasilan fotolog ini dengan menghantar hasil shooting dari dalam kampus UMP (ini atas permintaan JHEPA). Bagi gambar yang terpilih penyumbang akan menerima honorarium dan nama anda akan tercatat dalam fotolog tersebut. Material yang perlu ada ialah foto, caption (bermesej positif), ringkasan foto, lokasi, nama, nombor telefon untuk dihubungi dan no id matrik. Sebagai contoh:

Indah potret lukisan pena tuhan di langit satu ramadhan.

Ringkasan foto: Senja satu ramadhan. Melihatkan kombinasi pancaran jingga mentari, dan awan berona tua kelabu bersatu di lazuardi biru langit saya berlari ke tingkat tiga C2 dari kafe. Dari jendela kecil itu saya merenung dan merakam satu indah potret lukisan pena tuhan di langit satu ramadhan dengan satu-satunya kamera yang saya punya kamera VGA henfon Nokia 3310. (buat ringkasan ala-ala macam ruangan 'photo of the month' dalam majalah Digital Camera)

Lokasi : Tingkat 3, blok C2, Kolej Kediaman 1.
Nama : Encik VGA bin Kosong perpuluhan tiga
HP : 012-3456789
Id : KC 01234

Dan hantar kepada kmediasociety.ump@gmail.com dengan title emel : Fotolog-PSMI UMP atau hantar terus softcopynya kepada Pai (012-2932236, skype: mr_paiyunk) di rumah Q34 atau hantar sahaja kepada mana-mana orang berikut yang mana online- Yamin(skype: yamin03), Acap (skype: acap_mc), atau Dyat (skype: ismi_hidayat).

Untuk kategori ini penyertaan adalah terbuka, staf, non-staf, muslim, non-muslim selagi anda klik shutter di bumi UMP bolehlah menghantar gambar kepada kami. Kami menerima segala jenis gambar tanpa diskriminasi foto sama ada dari kamera henfon, laptop, slr, vga, atau 12 megapiksel. Sepertimana contoh foto di atas diambil menggunakan henfon, percaya atau tidak.

Wednesday, September 3, 2008

Incoming Artbook and band album

Salam Ramadhan semua.

Sekali lagi, aku menulis sesuatu untuk tatapan para pembaca blog ni. Penulis-penulis kita ramai yang sibuk pada minggu ni, mana dengan test dan aktiviti, serta persiapan untuk beberapa pertandingan yang mereka masuk. Aku agak free, so biarlah aku berkongsi beberapa idea dan pendapat dengan anda semua.

Kelab Media dan Kewartawanan UMP sedang menghala ke arah bisnes, dengan cuba untuk memaksimakan profit(kpd kelab dan ahli2nya) dan mengurangkan loss. Kita masih lagi sedang mengumpul aset-aset yang tersembunyi di ceruk-ceruk dan lorong-lorong yang sukar dikesan di dalam Universiti Malaysia Pahang. Bila aku sebut aset, maksud aku adalah insan yang berbakat dan berkeupayaan. Berkeupayaan itu adalah orang yg mempunyai teknik/skil tapi besar kemungkinan seorang pemalas, berbakat itu adalah orang yang mempunyai minat yang tidak terhingga terhadap satu-satu bidang, lalu apakah itu Genius? Bagi aku, Genius bukan diiktiraf diri sendiri. Genius itu diiktiraf orang lain, genius itu mempunyai bakat serta skil, tidak henti-henti praktis dan praktis demi mengejar kesempurnaan dalam hasil buatannya, tanpa sedikit pun dalam hatinya memuji skil yg terdapat pada orang lain mahupun pada diri sendiri. Apa dalam matanya hanya kelemahan, dan apa fikir akalnya hanyalah penambahbaikan/improvement-Lalu membawa kepada perubahan! Tidak ada genius yang ego- orang ego bukan genius, tapi genius itu selalu tidak berpuas hati.

Hanya ada satu masa saja di mana seseorang itu akan nampak hebat/cool, iaitu pada masa dia tidak memikirkan dirinya hebat/cool sedangkan dia berusaha untuk mengejar kesempurnaan sehingga sampai ke kemuncak limit yang dia boleh capai. Tapi genius sedar limit sendiri, dan selalu mencabar limit tersebut-sehingga tahap limit dirinya bertambah, bertambah, dan bertambah lagi; sedikit demi sedikit, sehingga mereka yang mengejar bayang belakangnya tidak dapat mengejar si genius tadi.

Phew.

Sebenarnya aku bukan hendak katakan pasal genius. Apa yang aku hendak katakan ialah, Kelab media sedang merangka beberapa projek (yang dipercayai mampu memberi pulangan besar), antara satunya adalah K-Media artbook(Nama rasmi belum ada lagi) dan kmedia-band album.

Apa yang akan ada dalam artbook?

1. Karya Seni

    Karya-karya para designer, artist, photographer, dan para pemenang/pilihan khas juri dalam pertandingan yang telah dijalankan.


2. Tutorial ringkas

    Tutorial ringkas untuk melukis/mewarna dengan perisian komputer. Teknik digital menyunting foto secara digital, tips-tips ringkas serta peralatan yang diperlukan/direkemen


3. Informasi mengenai K-Media, serta network K-Media

4. Dan banyak lagi....

Apa pula yang ada dalam album Band K-media?

    Apa lagi selain cd audio, lagu, dan album art?


JADI, saya memohon agar anda kemukakan idea anda melalui komen atau chatbox, atas apa jua idea untuk 'produk' K-Media yang akan datang! Harga, kualiti, jenis kertas, bilangan mukasurat, bilangan lagu, genre lagu, tutorial perisian tertentu (cth - photoshop, flash, corel), apa saja yang dirasakan boleh membantu kami. Lebih banyak feedback yang kami dapat, lebih baiklah hasilnya nanti kerana ia mengikut kemahuan pengguna. Tiada siapa mahukan produk yang tidak menuruti permintaannya, kan?

Dan siapa tau, mungkin sekali nama anda tersenarai dalam buku/album tersebut!