Thursday, December 18, 2008
Video untuk di-download
YAA, aku mengaku memang kualiti video ini teruk.
Band kelab juga memang masih lagi di tahap amatur-antara-amatur, dan masih kurang impak.
tapi walaupun begitu, diharap anda masih mampu menonton sekadar apa yg ada...
MATRES '08
01. tribute untuk L'Arc~en~Ciel - "Lost Heaven" (zip)
Download: zshare
-zip contains video (mp4) and subtitle (srt). sila letak dalam folder yg sama.
02. lagu original "Hariku" (zip):
Download: mediafire
-zip contains video (mp4) and audio (wma).
03. Bulan Lapan - versi panjang secara paksaan-
Download: zshare
Pesta tanglung '08
04. tribute untuk L'Arc~en~Ciel - "Lost Heaven" tidak akan di-upload
05. Janjiku Maju (Tajuk belum tetap) tidak akan di-upload
Tuesday, November 18, 2008
UMP rangkul 4 pingat emas di Jerman

UMP telah merangkul 4 pingat emas di iENA Nuremberg “Ideas-Inventions-Products” 2008.
Ini membuktikan kita UMP juga tidak kurang hebatnya dari segi kreativiti, idea dan inovasi.
Sekalung tahniah buat pensyarah-pensyarah yang berjaya mengharumkan nama universiti di persada antarabangsa.
Berikut petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 18 November 2008:
UMP rangkul 4 pingat emas di Jerman
KUANTAN 17 Nov. - Universiti Malaysia Pahang (UMP) berjaya meraih empat pingat emas dan tiga perak pada pameran antarabangsa Idea Penemuan Produk Baru (IENA) 2008 di Nuremberg, Jerman pada 30 Oktober hingga 2 November lalu.Kesemua pingat emas itu diraih menerusi pensyarahnya, Dr. Mimi Sakinah Abd. Munaim yang merupakan Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Kejuruteraan Kimia dan Sumber Asli (FKKSA) UMP melalui hasil ciptaannya, Reaktor Membran Enzim Daripada Kelapa Asli.
Dua lagi pensyarah UMP dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Sumber Alam iaitu Dr. Zularisam Ab. Wahid dan Abdul Syukor Abd. Razak meraih tiga pingat perak menerusi ciptaan masing-masing.
Naib Canselor UMP, Profesor Datuk Dr. Daing Nasir Ibrahim berkata, penyertaan kali ini merupakan yang kedua oleh universiti itu dalam IENA.
''Hasil ciptaan yang terpilih untuk menyertai pertandingan itu adalah berdasarkan kejayaan beberapa pertandingan di peringkat nasional dan telah diproses untuk mendapat paten di samping mempunyai potensi untuk dikomersialkan," katanya dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.
Beliau berharap kejayaan yang diraih para pensyarah terbabit dapat dijadikan pemangkin kepada penyelidik lain di UMP untuk mencipta produk yang berdaya saing dan boleh dikomersialkan.
Menurutnya, IENA adalah satu pertandingan inovasi produk baru bertaraf antarabangsa yang diadakan setiap tahun dan ia berjaya menarik 800 penyertaan daripada 39 negara pada tahun ini.
Thursday, November 13, 2008
Bengkel Sehari Penulis Bebas

Saudara Zamri Mohamad adalah salah seorang penulis yang prolifik dalam menulis makalah, artikel, dan telah menulis setakat ini 10 buah buku pelbagai tajuk.
Beliau pernah datang ke UMP mengendalikan Bengkel Penulisan 2008 di UMP anjuran EXCO Penerangan & Penerbitan MPP, saudara JamilulHakim semester lepas.
Saudara Zamri Mohamad kerap mengendalikan kursus penulisan, jadi ini ada sedikit promosi bagi sesiapa yang berminat untuk menyertai kursus penulisan beliau yang terdekat:
Bengkel Sehari Penulis Bebas
Tarikh : Ahad 11 Januari 2009
Tempat : Bilik Persidangan, Mahallah Ali Ibn Abi Talib, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kuala Lumpur
Masa : 9.30 pagi - 4.00 petang
Untuk keterangan lanjut klik sini
Monday, November 3, 2008
KL Photowards 2009

Lapang cuti semester ini?Tiada agenda?
Jangan sia-siakan masa anda semua.
Time Out adalah salah satu portal web dari syarikat penerbitan Mongoose Publishing menganjurkan buat julung-julung kalinya KL Photoawards 2009.
Kepada semua pencinta fotografi, ini boleh dijadikan assignment anda untuk masa cuti ini. Night shot, close-up shot, long shot, medium shot, head shot... Jom shoot KL!
Kredit kepada Jamil untuk info ini.
p/s: Khabarnya K-Media akan memiliki D-90 sebagai kamera kelab sem depan... Apa pun kita nantikan saja Reddu sem depan. Hoho...
Saturday, October 25, 2008
Logo baru sudah di-design! Tengok tengok! Mite Mite..Trivia Logo Kmedia Baru:
- Idea asal: Nadia California
- Ada 4 kotak bermaksud ada 4 kotak la
- kotak kanan atas: nama kelab
- kotak kiri atas: kamera yg panjang shutternya
- kotak kanan bawah: kamera yang pendek shutternya
- kotak kiri bawah: Mic-untuk nyanyi, interview atau hiasan saja jika tidak diguna pakai.



g ar kat link ni
ade sesuatu menarik
http://www.klphotoawards.com/
7:06 AM